Pkg Permaisuri


PENGENALAN PKG


PKG Pusat Kegiatan Guru(PKG) merupakan jalinan rancangan prasana pendidikan yang memberi perkhidmatan kepada guru-guru setempat bagi menjalankan aktiviti-aktiviti profesional yang mengutamakan kurikulum berlandaskan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PKG adalah sebuah institusi yang berperanan atas dasar 'Dari Guru, Oleh Guru, Untuk Guru' telah memberi peluang kepada guru-guru setempat mengemukan masalah-masalah dan idea dalam mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran secara lebih terbuka. Terdapat 22 buah PKG di Negeri Terengganu Darul Iman yang terletak di dalam tujuh daerah pendidikan, iaitu 11 buah PKG memiliki bangunan sendiri manakala 11 buah lagi adalah berbangunan khas.

Bagi melicinkan pentadbiran dan pengurusan PKG, empat jawatankuasa kerja telah ditubuhkan di semua PKG iaitu :


1. Jawatankuasa Latihan dan Penghasilan

2. Jawatankuasa Pembangunan PSS

3. Jawatankuasa Sosial dan Kebajikan

4. Jawatankuasa Teknologi Maklumat



FUNGSI UTAMA PKG
  • Membantu pelaksanaan aktiviti teknlogi pendidikan yang dirancang dan mengumpul maklumat untuk pelaporan.
  • Memberi khidmat sokongan pelaksanaan inisiatif ICT di sekolah
  • Memberi khidmat sokongan pelaksanaan sekolah bestari dan pembestarian sekolah mengikut kelompok
  • Memantau dan memberi khidmat sokongan pembangunan pusat sumber
  • Mengedar,mempromosi dan memberi khidmat sokongan terhadap teknologi pendidikan
  • Membantu khidmat kepakaran teknologi pendidikan di sekolah

Comments

Popular posts from this blog

LAPORAN KPI VLE PPD SETIU

Aduan Talian 1BestariNet Di 1BestariNet Self Care